air mata..

Sunday, February 26, 2012
Air Mata Seorang Lelaki.. BILA IA JATUH...

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.



#hope air mata aku tidak ku bazirkan lagi..

letting go

Saturday, February 18, 2012

Letting go is hard, but it's better to let go than to hold on to something that was never meant to be. So hold your head high, gorgeous, and stay strong because once you let go, better things are going to come along....





sakit

Tuesday, February 14, 2012


T_T

11 February 2012

Sunday, February 12, 2012
salam...









tempat : tol exit ipoh dari selatan.
saiz seluar : 33 hehehe :p orang kate la aku da kurus sket. hehe.
ni lah gambar n keadaan aku yang paling latest. lepas sebulan sambung belajar, Allhamdulillah.
alhamdulillah syukur sangat2 Allah campakkan dukacita dalam hati ku, dapat belajar mengenal diri, memperbaiki kekurangan diri, n most importance, alhamdulillah sedikit sebanyak mendekatkan diri kepada Allah. insyaAllah akan aku terus mencuba istiqamah dengan amalan ku, mencuba mencari keredhaan ilahi, aku hanya insan yang lemah yang mengharapkan kasih sayang Allah. setiap masalah ada penyelesaiannya, setiap penyakit ada penawarnya. kita harus sabar, redha, dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah. "sabar bila diuji, ingat kita sedang diuji..." ingat, ujian bukan bermaksud Allah na sulitkan perjalanan kita, bukan bermaksud Dia tak sayangkan kita. tapi Dia sangat sayangkan kita, dia nak kita sedar sampai mana tahap kita, dia nak kita sedar dan insaf agar sempat kembali kepangkal jalan. insyaAllah. ujian bermacam jenis yang ada, bergantung kepada kita samada kita nampak atau tidak. ada ujian yang datang dikala kita sedang hanyut dan leka dengan nafsu. ada juga ujian yang datang tatkala kita benar-benar ingin berubah / taubat. oleh itu kita haruslah sentiasa berdoa memohon perlindungan dan petunjuk dari-Nya.

air mata

Sunday, January 22, 2012
hmmm not feeling well after read previous entry kat blogger notification...
kadang-kadang rasa hepi bila tengok tajuk-tajuk. then bila nak bukak untuk baca keseluruhannya. dah tak jumpa entry tersebut :') nyesal lak dulu tak baca betul-betul dan hayati, fahami apa yang cuba nak disampaikan. herm lumrah manusia hanya akan menghargai bila dah kehilangan. tapi aku dapat tau dan dapat perasan sedikit perubahan melalui entry-entry tersebut dari tahun ketahun, dari 1st blog ke 2nd blog. yup walaupun entry dah xda, blog dah xda. tapi still dapat tengok notification or 'sinopsis' kot untuk setiap entry yang lepas-lepas. thanks untuk semua memori tu. kalau dia boleh buang semua memori tentang aku. kenapa tidak aku? KENAPA YA? adakah aku belum cukup kuat? adakah aku terlalu lemah? adakah aku belum berubah? adakah aku terlalu menyalahkan diri? adakah aku belum cukup kejam? adakah aku masih jauh dengan maha pencipta? adakah aku belum jumpa jalan keluar dari semua kesedihan, kedukaan ini? apa silap aku? dimana silap aku? kenapa aku diuji begini?

herm kadang-kadang aku rasa benci pada diri sendiri! aku benci sebab tak dapat tangani masalah sendiri. aku tak tau nak buat apa. sumpah series sekarang aku rasa kosong giler! wat apa pun rasa tak tenang. kenapa dengan aku? dah macam orang tak betul je! mana kebahagiaan aku yang dulu! aku nak jadi seperti dulu! hepi dengan keluarga, peramah, ringan tulang, hepi dengan kawan-kawan. tapi sekarang aku tak dapat rasa semua tu! walaupun keluar dengan kawan-kawan, wat kerja ke. aku rasa kosong! sunyi! rasa sunyi dalam keramaian. sumpah aku tak tipu! muka aku susah untuk mengukirkan senyuman sekarang. ada orang kata aku sombong herm entahla. kalau ada orang buat lawak ke, aku hanya mampu tersenyum. macam tak amik port sangat dengan lawak tu. macam epal hijau yang dah busuk, masam, kita lukis senyuman kat epal tu. haish..

aku pun tak tau apa nak jadi dengan life aku sekarang. serius aku rasa bosan, menyampah dengan diri aku sekarang. apa yang aku mampu buat. dekatkan diri aku dengan Allah. paksa diri aku lupakan yang dah lepas-lepas. dan lalui hidup baru dengan sedikit kekuatan yang berbaki. hmm mama, maafkan abang cik sebab telah mengecewakan mama. abang cik sedih mama. abang cik tak kuat. tolongla abang cik mama. abang cik malu pada semua orang. abang cik tak tau nak buat apa. abang cik takut mama. abang cik dah takda kekuatan. bantulah abang cik mama. siksa sangat rasa ni. bang cik tak larat tanggung sorang-sorang. kadang-kadang rasa macam dah tak mampu nak teruskan lagi hidup ni mama. rasa macam nak pergi ikut abah :'( tapi abang cik sayangkan mama, kakak, adik. abang cik tau semua sayangkan bang cik gak. kalau bang cik takda, sapa nak jaga mama nanti. bang cik tau mama harapkan pada bang cik kan? sebab tu mama masih support bang cik dalam apa jua keadaan bang cik kan. thanks mama sebab mama amat-amat memahami bang cik :') abang cik na minta ampun dan maaf sebab tak nampak pengorbanan mama selama ni, tak nampak support dari mama selama ni. maafkan bang cik sebab telah kecewakan mama :'( mama, doakan abang cik dapat lalui semua ni dengan tabah ye, diberi kekuatan semula. abang cik nak jadi anak yang soleh, nak bantu mama. doakan kejayaan bang cik ye mama.

assalamualaikum.

Nasihat dari seorang sahabat

Tuesday, January 17, 2012
"usahlah bazirkan air mata andainya putus cinta sesama insan, kerana setiap titis airmata yang mengalir adalah sia-sia, sebaliknya, bazirkan air mata, andai putus cinta dengan ilahi, menangislah sepuas-puasnya, mohonlah keampunan ilahi, adalah lebih berharga daripada emas permata.."

thanks sahabat, sebab thats what friend for ^^

hye

Wednesday, January 4, 2012
i do miss u..
i really mean it.